Wednesday, 13 December 2017

Bercuti santai di Utara

Bissmillah....
Cikgu Baru nk berjinak-jinak dlm arena vacation & penulisan blog ni..
Okay sedikit perkongsian pengalaman bercuti di utara malaysia.. 

= Kuala Perlis - Langkawi - Perlis  =

Sebenarnya kami bukan bercuti pon.. kami ke utara disebabkan urusan kerja iaitu conferencepresent paper di hdpn profesor-profesor & Dr-Dr.. 

Perjalanan kami bermula pd jam 6.15pg dari selangor dgn menaiki kereta. Kelengkapan & bala tentera tlh bersiap siaga sehari sebelum bertolak..


Tiba di Kuala Perlis

Kami tiba di Kuala Perlis pd jam 3ptg.. 


Sampai je terus kami berlari mendapatkan tiket feri.. Mulanya nk bawak kereta skli angkut ke Langkawi.. tp xtahu plk kena book awl.. Harga tiket untuk bawa kereta adalah dalam RM250 pergi-balik.. Jgn lupa bawa geran kereta utk memudahkan proses di jeti nanti.. Disebabkan hajat kami tidak kesampaian utk bawa masuk kereta, maka terpaksalah park kereta di jeti.. Pastikan tempat parking yg selamat.. Bayaran RM10/hari.. 
Sebelum itu, jgn ambil kereta sewa yg ditawarkan di jeti.. sbb kami pernah kena tipu dulu.. minta myvi & bayar ikut harga.. smpai sana dia bg kereta proton wira yg handle pn tercabut.. sgt xselesa.. nauzubillah.. 

Tiba di Langkawi

Sampai je di jeti Kuah Langkawi, kami terus ambil kereta sewa di kaunter yg terdapat di jeti kuah.. mujur murah & keadaan kereta yg baik.. Nak dijadikan cerita, sblm tu ada sorang akk ni nmpk yg kami tgh kalut dok search kereta sewa di langkawi semasa dalam feri. Jadi, dia terus recommend pada kami kereta yg murah & selesa.. 
                Ni nombor owner kereta..              
                     insyaallah puas hati..

Harga sewa kereta yg kami ambil RM160 utk 3 hari.. Berbaloi la drpd bawa kereta masuk..

Setelah itu kami cari pula tempat penginapan utk tidur.. sbb esok awl pagi dh mula program.. yg tu xperlu la cerita panjang2.. sbb tgh gugup nk conference esok...
Kami menginap di langkawi 3 hari 2 mlm..

Menginap Di Perlis

Selepas keluar dari Langkawi, kami bergegas mencari makanan tempatan iaitu laksa kuala perlis.. Rezeki kami dpt rasa laksa yg kurang sedap.. Kami xsempat mencari laksa yg sedap sebab kesuntukan masa. Oleh itu kami ubah planning utk bermalam di homestay Hujung Bukit..


 Istimewanya homestay ini ialah ianya terletak di kawasan sawah padi & di hujung bukit.. Sungguh mengujakan mata memandang.. 😀 Ia mempunyai lebih 10 unit rumah kampung style.. insyaallah berbaloi sgt..
Bagi yg minat bergambar, haa inilah masa & tempat yg sesuai.. 😘😘

Harga homestay RM120/mlm.. Anda perlu book awl2 sblm check in.. sbb homestay ni selalu full house..
Selain itu, terdapat juga pakej aktiviti bersama penduduk kampung.. yg tu kena tanya owner tersebut.. Beliau bgtahu yg pakej tu ikut musim..

Bersambung...