Friday, 16 February 2018

Mengutip Semangat Kinabalu

15.2.17
Perjalanan kali ni bermula dengan agak kelam-kabut kerana kaunter check-in di KLIA1 telah pun ditutup waktu kami sampai dan sebarang check-in is not accepted (departure 8:40am, kami sampai KLIA 8:05am) . Tapi, atas jasa baik staf MAS, dapatlah jugak kami bawa semua beg secara hand-carry....


Sementara menunggu Gate A7 dibuka, posing dulu...



Perjalanan kali ni, kami transit di Labuan dulu (konon nak cuba tambang ticket murah la kan - $864.38/seorang). Sambil menunggu tu kami recce hotel/homestay tempat untuk merehatkan diri. After 4 hrs+ menunggu, kami pun fly ke KK naik MASWing (first time naik flight ni, aku cuak tapi member aku cool aje)...


Korang tengok kipasnya tu. Semacam je aku tengok. Seram. Haha.


View sekitar Labuan - KK.



 Muka lega bila dah sampai, sebelum tu pucat (aku le tu). Haha.


Setibanya kami di KKIA sekitar 6:00pm (selepas 30mins flight), kami terus angkat satu kereta sewa di kaunter dalam airport tu juga. Harganya amat berpatutan jika dibandingkan dengan agensi yang lain (kami angkat MyVi baru - $150/hari). Kami cadangkan anda menyewa kereta dari agensi ini kerana selain harga yang berpatutan, stafnya juga peramah dan keretanya juga is a brand new car.


Bila sudah dapat kereta sewa yang sangat-sangat memuaskan hati, kami pun terus mencari petrol pump yang berdekatan untuk mengisi minyak kereta. Dalam 10 min dari airport sudah kelihatan signboard Shell & Petronas. Senang rasa hati kami. Hehehehe. Oleh kerana perut dah berkeroncong, selepas mengisi minyak kami pun terus menuju ke Philipine Market - salah satu tempat membeli belah dan tempat makan yang sangat popular di KK.

Di sini, bermacam-macam hidupan laut yang boleh korang pilih untuk jadi menu santapan korang.  Pilihan ikannya juga berwarna-warni. Semuanya saiz XXL. Di bawah ni kami tunjukkan kerang besar, lobster dan siput kelapa yang kami kira antara seafood yang sangat eksotik dan boleh dicuba. di sini.






Ni antara hasil tangkapan kami malam tu, lobster saiz medium, tiram saiz medium, ketam lembut, siput kelapa, kerang saiz XXL & seaweed. Total price is $165 siap masak (tak termasuk nasi & minuman). Kira murah la tu kalau nak banding dengan tempat-tempat lain di Malaysia ni, hahaha.



Kat atas ni ialah gambar hasil tangkapan sebelum dimasak. Selepas siap dimasak, semua haiwan yang ada dalam raga tu bertukar menjadi makanan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ni, hahaha...


Kerang saiz XXL (cara masak tak berapa best)


Ketam lembut telur asin (sedap)


Lobster (cara masak yang ni pun tak best juga)


Kerabu seaweed (boleh la nak telan)


Siput kelapa (boleh tahan rasanya tetapi isinya sangat kenyal/keras)


Tiram (sedap)

Lepas selesai mengisi perut, kami terus ke Daya Kinabalu hotel untuk bersihkan diri, solat dan tidur ($150/night).


16.2.17
Pagi ni, kami cuba cari tempat breakfast yang menarik berdasarkan review di kebanyakan blog tapi memandangkan sekarang ni cuti CNY maka banyaklah kedai makan yang tutup. So, kami decide untuk terus ke Kinabalu Park dan berhenti untuk breakfast di mana-mana tempat yang kami lalui nanti. Dalam pukul 10:00am, kami pun memulakan perjalanan ke Kinabalu Park. Dalam perjalanan ke sana, sempat juga kami singgah di Rumah Terbalik (yang pertama di Malaysia). Bayaran masuk ialah $12.40/seorang.






Kami tiba di Kinabalu Park around 12:00pm. Kami terus ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan maklumat tentang package hotel dan hiking yang ditawarkan oleh mereka. Oleh kerana semua hotel (lodge/hostel) were full-housed, jadi kami pun decide untuk terus ke check-point Timpohon dan discover salah satu trail yang ada di situ (ada 9 trails di sini, 3 sudah ditutup selepas kejadian gempa bumi 2015).




Jamu tupai makan


Checkpoint Timpohon


Baru peringatan pendaki yang terbunuh sewaktu gempa bumi 2015


Pemandangan melalui trail Silau-Silau



                                                   Pemandangan melalui trail Silau-Silau

Selepas puas (sebenarnya masih lagi tidak puas) menikmati kesejukan, keindahan alam anugerah Allah Yang Maha Penyayang ni, kami pun terus ke pekan Kundasang untuk lunch.  Di pekan ini ada banyak kedai makanan muslim (sangat berbeza jika dibanding 5-10 tahun yang lepas). Kat kedai makan yang kami pergi ni, makanannya tidaklah terlalu sedap, tetapi kami suka sebab makanannya kurang berminyak. Antara menu yang menjadi pilihan kami ialah sayur campur, ikan sweet sour, sup tulang dan sayap ayam panggang (total kos $31.40). Yang menjadi persolan kepada kami ialah tentang masakan berasaskan sayur yang tak nampak 'happening' walaupun kawasan tempat kami pergi ni adalah kawasan tanah tinggi dan banyak gerai menjual sayur yang kami temui di sepanjang jalan di sini.



Sayap ayam, $1.50 - $2.00/satu


Selepas selesai lunch, kami mula menjalankan misi mencari tempat rehat dan tidur. Alhamdulillah, walaupun di kebanyakan tempat sudah full-housed (di Kinabalu Park pun hanya tinggal lodge berharga $6000 & $12000 sahaja, logde berharga kurang $5000 semua sudah full-house!!), Allah masih memudahkan kami dengan mengurniakan kepada kami nikmat berehat dan bermalam di Rohana Homestay (019-8017100 - Edi). A very nice view (walaupun jalan untuk ke sini sangat-sangat teruk). Penginapan yang ditawarkan di sini berupa kabin keluarga dan juga bilik. Kami memilih bilik yang berharga $130 (tuan homestay memasakkan dinner dan breakfast untuk kami & he is a very nice person!)





Kabin berwarna orange itulah tempat kami berehat. Nampak MyVi ungu tu? Itulah kereta sewa kami yang sangat memuaskan hati. Menurut kata tuan punya homestay,  gunung Kinabalu 'menyorok' petang ni. "Kita tunggu pagi esok", katanya. 

Dinner kami malam ni ialah telur dadar, sayur campur dan ayam goreng. Suhu sepanjang malam pula ialah sekitar 18C.




17.2.17
Kami breakfast maggie sahaja pagi ni. Hujan malam tadi dan sepanjang pagi ni menyebabkan kami hibernate di kabin kerana cuaca berkabus menghadkan penglihatan pemandangan.







Bosan duduk di bilik, kami mengopi di ruang makan sambil updating blog dalam cuaca yang sangat-sangat best (baru nak berjinak-jinak ni). Pagi ni suhu mencecah 19C. Sejuk woiiiii!!!





Okay, that's it for now! Nanti kami update lagi. Tata.