Wednesday, 28 March 2018

Bengkel Pembinaan Modul oleh PM Dr Jamaludin Ahmad, UPM (24/2/18)



Pengenalan
  • Pembinaan -> Kesahan -> Kebolehpercayaan -> Keberkesanan 
  • PHD research mesti meliputi keempat-empat PKKK.
  • Tajuk awal : Pembinaan, kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul A terhadap ______ 
  • Tajuk kemaskini : Keberkesanan modul A terhadap _________ (sudah cukup meliputi PKKK).
  • Jangan buat tajuk yang mengandungi perkataan KESAN yang merujuk kepada impak TETAPI guna perkataan KEBERKESANAN kerana ianya membawa maksud yang lebih besar.
  • Perkataan NILAI membawa maksud berbeza dengan PENILAIAN atau MENILAI. Contohnya menialai kesahan, menilai kebolehpercayaan.
  • Master research boleh pilih salah satu. Sebagai contoh Modul XX dibina oleh pelajar A, kesahan dan kebolehpercayaan modul XX dibuat oleh pelajar B, keberkesanan modul XX dilakukan oleh pelajar C (Russell).
  • PM Dr Shaharom Nordin, UTM salah seorang pakar modul pengajaran kendiri.
  • PM Dr Hj Jamaludin Ahmad, UPM pula salah seorang pakar modul motivasi (tetapi konsepnya sama). **minta bahan melalui mal@upm.edu.my
  • Russell di sokong oleh SIdek Noah dan Jamaludin Ahmad.
  • Apa beza buku dan modul? Buku hanya ada SEMAKAN tetapi modul ada PKKK.
  • Perbezaan antara buku modul dan buku latihan ditunjukkan dalam gambar di bawah.



Definisi






  • Modul ialah aktiviti yang dilaksanakan secara sistematik (langkah demi langkah) untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Objektif berkait dengan kumpulan sasaran (hanya penyelidik sahaja yang tahu).
  • Kelemahan : - ambil masa yang lama untuk develop, banyak prosedur.  - aktiviti perlu sentiasa ada penambahbaikan mengikut perubahan masa.
  • Kebaikan : - pahala, orang berubah kerana kita. - memudahkan pembelajaran kendiri.
  • Contoh modul lengkap yang paling biasa ialah Rancangan Pengajaran (Lesson Plan).

Pembinaan modul
  • Bina modul bermaksud : Bina modul baru ATAU ambil sedia ada, diubahsuai dan digunakan dalam kajian ATAU ambil 100% modul sedia ada dan digunakan dalam kajian.
  • Biasanya, kesahan dan kebolehpercayaan sah dalam tempoh 5 tahun. Selepas 5 tahun perlu ada rombakan. Jadi boleh buat semula kajian berkenaan kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Pembinaan modul baru biasanya memakai teori dan aktiviti yang bersesuaian dan berkaitan. Misalnya, pembinaan modul motivasi memerlukan teori berkaitan motivasi.
  • Paling penting ialah falsafah di sebalik setiap aktivti perlu diberitahu. 
  • Terdapat 2 jenis modul; 1: Berbantukan fasi (fasi/guru/demonstrator/pensyarah) 2: Tidak berbantu fasi
  • Untuk modul berbantu fasi, segala macam aktiviti di dalam modul mesti ada fasi. Untuk modul pembelajaran kendiri, pelajar boleh jalankan aktiviti secara sendirian.
  • Jika bina modul baru, bahannya diperolehi dengan cara i) Dapatkan maklumat menerusi temubual (agak leceh dan rumit), ii) Pembacaan, iii) Brainstorming dengan penyelidik lain.
  • Jika ambil modul sedia ada dan diubahsuai, mohon keizinan dari pembangun modul terlebih dahulu. Mohon melalui email/bertulis. Yang penting ada hitam putih.
  • Kalau ambil 100% modul sedia ada pun dibenarkan dalam kajian (Russell, 1974) & (Ahmad, 2015)
  • Rujuk kepada teori tertentu sebelum memulakan pembinaan modul. Sekurang-kurangnya satu teori diperlukan dan ianya mesti berkaitan dengan aktiviti pdp yang hendak dilakukan.
  • Model terdapat di dalam teori. Biasanya di dalam model pengajaran juga diperlukan dalam pembinaan modul.
  • Pembinaan modul boleh rujuk kepada 3 model pembinaan modul (pilih salah satu) : 1) Russell, 1974 2) Pendekatan Sharifah Alwiah Alsagoff, 1981 3) Model Sidek, 2005. Menurut PM Dr Hj Jamaludin, model Russell adalah yang paling mudah manakala model Sidek agak rumit sedikit. 

Kajian Rintis
  • Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan ke atas modul yang telah dibina (khususnya yang baru dibina).
  • Perlaksanaan kajian rintis perlu ada hitam putih.
  • Pembangun modul perlu terlibat dalam kajian rintis (kalau guna murid, guru pula jadi pemerhati).
  • Bilangan sampel minima ialah 30 (Prof Sidek). Responden ini tidak sama dengan responden sebenar kajian.
  • Kaedah : 1) Rakaman 2) Bertanya secara spontan (selepas aktiviti selesai) 3) Berikan kertas yang mengandungi soalan untuk dijawab oleh peserta   4) Pemerhatian dari orang lain 5) Komen kepada diri sendiri. 6) Soal selidik (bukan soal selidik yang sebenar).
  • Pastikan ada instrumen berkaitan CT (contohnya).
**Refer modul Noor Haslinda bt Shuib, UKM 2017 "Teori TErapi Bermaian Adlerian oleh Koffman (2009)"



Kesahan (Validity)
  • Bertujuan untuk mengukuhkan modul yang telah dibina.
  • Melibatkan 3 pakar bidang & 3 pakar modul.
  • Pakar modul : PHD dalam bidang, pernah terbitkan buku berkaitan modul, pernah terbit jurnal berkaitan modul & memberi ceramah tentang modul (kalau ada salah satu sudah memadai, as long as ada pakar lain untuk cover part yang tidak dipenuhi)
  • Pakar bidang : guru pakar bidang, pakar programming etc.
                                                                                                                                          Pilihan
                                                                                                                                   
1. Kandungan modul ini menepati sasaran populasinya.                                              1  2  3  4  5
2. Kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.                                  1  2  3  4  5
3. Kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan.                    1  2  3  4  5
4. Kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kesedaran diri.                        1  2  3  4  5
5. Kandungan modul ini boleh mengubah sikap diri ke arah lebih cemerlang.           1  2  3  4  5

Pandangan dan komen:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________




  • Adaptasi dari Russell (standard validity). Ada 5 item sahaja.
  • Markah keseluruhan mesti > 70%
  • Soalan 4 & 5 boleh diubahsuai berdasarkan objektif kajian sendiri.



Kebolehpercayaan
  • 2 kaedah item dibina : 1) berdasarkan setiap objektif dalam modul ATAU 2) berdasarkan langkah-langkah aktiviti dalam modul.
  • Jika berdasarkan kaedah pertama, salin semula objektif secara solid, jangan diunah dan masukkan dalam soal selidik.
  • Elakkan objektif yang ada DAN/ATAU
  • Guna nilai alpha cronbach yang diperolehi dari pemprosesan data yang telah dipungut.
  • Boleh guna sample responden yang sama dengan kajian.
  • Ketepatan soalselidik mewakili kebolehpercayaan modul.

Keberkesanan

  • Untuk melaksanakan kajian keberkesanan, boleh dibuat ToT untuk guru dan guru tersebut akan bantu penyelidik untuk gunakan modul ke atas pelajar. Ini bergantung kepada jumlah aktiviti dalam modul (ikut rasional kenapa guru diperlukan untuk bantu penyelidik kerana sebaiknya penyelidik sendiri yang mengajar).
  • Guna kaedah eksperimental (pre & post study).
  • Soal selidik diambil dari teori yang menjaid sandaran modul kita. Cari instrumen, bila sudah jumpa, bawa instrument berjumpa penyelia untuk dibincang (guna borang khas untuk kaji keberkesanan)
  • Gunakan t-test / ANOVA.