Tuesday 24 April 2018

PAK21- Pembelajaran menarik untuk PdPc Sejarah

PAK21- Pembelajaran menarik untuk PdPc Sejarah.

24/4/2018

Hari ni cikgu sekali lagi cuba merealisasikan Pembelajaran Abad Ke 21.

Galery Walk on Advanture

Aktiviti hari ni ialah Galery Walk Advanture di mana para pelajar diberi tugas sebagai pemamer(pembentang) dan pencatat maklumat.

Langkah 1: Pembahagian kumpulan.

- Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
- Setiap kumpulan diberi nama mengikut zaman prasejarah.
    i) Paleolitik
   ii) Mesolitik
  iii) Neolitik
  iv) Logam

- Setiap kumpulan perlu mencari maklumat berpandukan buku teks mengikut zaman.

Langkah 2: Penghasilan Peta Minda/Peta iThink.

- Kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung.
-Setiap kumpulan perlu menghasilkan peta mengikut kreativiti.




Langkah 3: Galery Walk on Advanture

- Wakil kumpulan yg dilantik sebagai pembentang perlu memakai kostum zaman pra sejarah.
- Pencatat pula perlu menyediakan buku nota utk mendapatkan maklumat.



Langkah 4: Perbincangan

- Setelah selesai mendapatkan maklumat daripada kesemua kumpulan, pelajar berkumpul semula untuk sesi perbincangan.
- Pencatat perlu menerangkan hasil dapatan mereka kepada rakan kumpulan.


Rumusan:

-Seterusnya guru mengemukan beberapa soalan kepada para pelajar.

- Guru merumuskan topik pembelajaran ada hari ini.... 😊😊

Berikut merupakan gambar wajah-wajah anak muda yg hebat!
      Para pelajar sanggup berpanas untuk 
                merasai zaman prasejarahπŸ˜…


                                  😍😍
     Walaupun panas & penat, tapi kami
           seronok belajar sejarah!!πŸ˜‰

No comments:

Post a Comment