17.4.2018
Stigma masyarakat bahawa matapelajaran Sejarah membosankan π§, banyak faktaπ‘, kronologi peristiwa yang rumitπ¬, & banyak lagiπ€π₯...
Jadi sebagai seorang pendidik Abad ke-21, boleh la cikgu buat aktiviti untuk matapelajaran sejarah bagi elakkan pelajar bosan dalam kelas..
Oleh itu, objektif cikgu hari ni ialah pelajar dpt menghasilkan sekurangnya sebuah replika batu bersurat...
Kenapa??
Sebab cikgu nampak bdk2 ni suka belajar sambil buat aktiviti.. dlm erti kata lain, bdk2 suka belajar sambil main dan main sambil belajar...
Mari kita enjoy with history dgn menghasilkan replika batu bersurat!
Langkah 1 : Persediaan alatan/bahan
i) Batu Leper / Batu pelbagai saiz
ii) Plastesin (Tanah Liat)
iii) Lidi
Langkah 2 : Proses membuat replika batu bersurat
i) Uli dan ratakan plastesin (tanah liat).
ii) Balut batu dengan plastesin.
iii) ukir tulisan di atas plastesin.
iv) Ukir hiasan berupa bunga mengikut kreativiti pelajar.
Aktiviti menguli tanah liat.
(Nampak bersungguh bdk2) hahha
Seterusnya balut batu dengan tanah liat
πππ
Kita teruskan dengan aktiviti mengukir tanah liat. Dorong minda pelajar agar lebih kreatif.. Bagi sel-sel otak mereka berhubung dengan baik.. Sambil tu ukirkan juga senyuman πππ
Dan hasilnyaaaa. jeng... jeng.. jeng...
Hasil para pelajar.. sungguh kreatif.. ππ
Zoom in.. Zoom out.. π
Para pelajar yg dahulunya muram stp kali waktu sejarah, kini insyaallah blh nampak sinar diwajah mereka.. ππ
Refleksi PdPc : Pelajar mencapai objektif. Malah beberapa kumpulan dpt menghasilkan lebih satu replika.. Syabas anak muda!!
No comments:
Post a Comment